Friday, October 17, 2008

PEMBERITAHUAN

Saya mohon maaf jika kelewatan saya untuk memaklumkan di sini bahawa buat masa ini tempahan yang saya buat dan terima hanya untuk di dalam negeri sahaja. Untuk tempahan di luar negeri masih belum saya bukakan lagi memandangkan banyak perkara yang perlu saya teliti dan rancangkan. Insya-Allah di masa hadapan, jika saya sudah benar-benar bersedia saya pasti akan luaskan pasaran saya sampai ke luar negara. Buat masa ini saya belum berani lagi untuk membuka langkah saya sampai ke sana kerana ditakuti akan berlakunya kesulitan dalam penghantaran barang dan juga pembayaran.
Perniagaan saya dalam bidang tenunan ini pun masih agak sederhana dan masih belum kukuh untuk sampai ke negara luar. Tempahan untuk di dalam negeri memang 100% saya harapkan tetapi jika sudah ada persetujuan dan perjanjian dibuat. Walaupun sudah hampir lapan tahun saya menjalankan perusahaan ini tetapi untuk sampai ke luar negara saya masih belum bersedia. Saya benar-benar memohon maaf di atas perkara ini.

MAKLUMAN

Mulai hari ini tempahan kain tenunan telah dibuka semula. Jika biskita berminat untuk membuat sebarang tempahan, sila hubungi saya melalui email. Untuk makluman biskita jua, tempahan bagi bulan ini dan bulan November sudah pun penuh tetapi walau bagaimanapun jika biskita ingin membuat tempahan untuk bulan Disember dan seterusnya, biskita dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal bermula hari ini.
Sekian, harap maklum...

Wednesday, August 20, 2008

MAKLUMAN...


Untuk makluman biskita..tempahan kain tenunan Brunei dihentikan buat seketika sehingga bulan oktober iaitu seminggu selepas hari raya.
sekian, harap maklum...

Thursday, June 19, 2008

KAIN YANG TELAH DIHASILKAN BERMULA TAHUN 2001 SEHINGGA 2009:

Senarai tempahan luar:

  1. Untung Hj Bakar - Kain Jongsarat Berpakan (warna hijau)
  2. Dk. Norain Pg Sabli - Kain Jongsarat Berpakan (warna biru)
  3. Hjh Mariah - Kain Jongsarat Biasa (warna biru muda)
  4. Sinardi Jublee - Kain Jongsarat Biasa (warna merah)
  5. Dato Paduka Pg Hj Muhd Yussof Pg Kula - Kain Liputan Madu Berinti (warna hitam+maroon)
  6. Hanafi Hj Halus - Kain Jongsarat Biasa (warna merah)
  7. Ibrahim Hj Osman - Kain Jongsarat Biasa (warna hitam+merah)
  8. Hj Matassan HJ Dullah - Kain Silubang bangsi Berpakan (warna hitam)
  9. Allahyarhamah Hjh Fatimah HJ Mokti - Kain Jongsarat Biasa (warna putih)
  10. Ruzina Hj Mokti - Kain Sipugut & Silubang bangsi Berkapan (warna hitam)
  11. Rauyah Hj Halus - Kain Jongsarat Biasa (warna merah)
  12. Mustafa Samad - Kain Jongsarat Biasa (warna Kelabu)
  13. Siti Hajar - Kain Jongsarat Biasa (warna maroon)
  14. Hj Abd Rahim Hj Merpuji - Kain Jongsarat(warna putih)
  15. Mustafa Samad - Kain Jongsarat Biasa (warna merah)
  16. Alija Haji Mahali - Kain Jongsarat Biasa (warna merah tua)
  17. Mohammad Piny Mat Salleh - Kain Jongsarat Biasa (warna merah tua)
  18. Khairi Hj Emran - Kain Jongsarat Berpakan (warna maroon)
  19. Abdul Azim Hj Ismail - Kain Jongsarat Biasa (warna kelabu)

Indent untuk PLKPTB:

  1. Kain Liputan Madu Berpakan (warna putih+cream)
  2. Kain Jongsarat Berpakan (warna hitam)
  3. Kain Diplomatik Berpakan (warna hitam)
  4. Kain Jongsarat Berpakan (warna hitam)
  5. Arat Gegati Biasa (warna hitam)
  6. Kain Jongsarat Berpakan (warna putih)
  7. Kain Jongsarat Biasa (warna putih)
  8. Kain Jongsarat Biasa (warna putih)
  9. Kain Liputan Madu Berpakan (warna hitam)
  10. Kain Liputan Madu Berpakan (warna hitam berjalur biru)
  11. Kain Silubang Bangsi Berpakan (warna hitam)
  12. Kain Liputan Madu Berpakan (warna putih)
  13. Kain Jongsarat Berpakan warna hitam+merah)
  14. Kain Liputan Madu Berpakan (warna hitam+biru)
  15. Kain Liputan Madu Berpakan (warna hitam)
  16. Kain Silubang Bangsi Berpakan (warna hitam)
  17. Kain Jongsarat Biasa (warna hitam+merah)
  18. Kain Silubang Bangsi Berpakan (warna putih)

Monday, June 16, 2008

ANTARA CONTOH-CONTOH KAIN YANG PERNAH DIHASILKAN:

KAIN SIPUGUT BERSUSUP BERPAKAN
WARNA MARON
WARNA INTI: MERAH,BIRU,UNGU & HIJAU



KAIN LIPUTAN MADU BERPAKAN

BUNGA TELAPOK BERWARNA BERGELUNG
WARNA BIRU
WARNA INTI: BIRU


KAIN LIPUTAN MADU BERPAKAN
BUNGA TELAPOK BERWARNA BERGELUNG
WARNA PUTIH
WARNA INTI: MERAH


KAIN SILUBANG BANGSI BERPAKAN
BUNGA MELOR PUTARAN KEMBANG
WARNA MERAH
WARNA TABOR: HIJAU & MERAH


ANTARA CONTOH-CONTOH LAKARAN BUNGA KAIN SILUBANG BANGSI & LIPUTAN MADU:

BUNGA MELOR DIGUBAH:
BUNGA TELAPOK BERANTAI BERGELUNG:

BUNGA MEKAR SEKOLAM:



BUNGA PENGANAN BERPUTAR:

SENARAI HARGA KAIN TENUNAN BRUNEI

01. JONGSARAT - BIASA - $380.00
02. JONGSARAT - BERPAKAN - $430.00
03. SUKMA INDERA - BIASA - $550.00
04. SUKMA INDERA - BERPAKAN - $630.00
05. SIPUGUT - BIASA - $600.00
06. SIPUGUT - BERPAKAN - $700.00
07. SIPUGUT - BERSUSUP - $650.00
08. SIPUGUT BERSUSUP - BERPAKAN - $750.00
09. ARAT GEGATI - BIASA - $500.00
10. ARAT GEGATI - BERPAKAN - $560.00
11. SILUBANG BANGSI - BERPAKAN:
- BUNGA TELAPOK BERANTAI BERGELUNG - $800.00
- BUNGA MEKAR SEKOLAM - $800.00
- BUNGA PANCHARAN - $700.00
- BUNGA SEJAJAR TABORAN BINTANG - $850.00
- BUNGA KEMBANG MENGHURAI - $950.00
- BUNGA MELOR PUTARAN KEMBANG - $1,100.00
- BUNGA MELOR DIGUBAH - $950.00
- BUNGA PENGANAN BERPUTAR - $1,100.00

12. LIPUTAN MADU - BERPAKAN -
- (Harga ditambah sebanyak $150.00 daripada harga kain Silubang Bangsi Berpakan)