Jika biskita berminat untuk membuat tempahan, sila postkan hajat biskita melalui blog ini ataupun hantarkan no telefon biskita ke email saya yang tertera.
Insya-Allah saya akan menghasilkan mutu pembuatan yang memuaskan dan mengikut kehendak pelanggan dan menyiapkannya sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh lebih kurang 2 ke 3 bulan sebelum diperlukan. Manakala bagi kain Jongsarat pula tempahan bolehlah dibuat dalam masa lebih kurang sebulan atau 3 minggu atau 4 minggu sebelum diperlukan.
Untuk sebarang tempahan, deposit sebanyak $50.00 akan dikenakan. Jika tempahan yang telah siap dibuat tetapi biskita gagal untuk mengambilnya maka deposit sebanyak $50.00 itu akan hangus dengan serta mertanya jua.
Baki bayaran hendaklah dijelaskan semasa penyerahan kain tempahan dan tiada bayaran ansuran atau hutang.
Biskita dialu-alukan untuk datang ke rumah kediaman saya bagi pemilihan corak kain tenunan yang dikehendaki. Ada beberapa pilihan boleh biskita pilih dan Insya-Allah dalam sedikit masa lagi corak-corak dan contoh-contoh kain tenunan akan saya postkan di bolg ini.
Tempahan diterima hanya untuk di dalam negeri sahaja dan masih belum dibukakan untuk negara luar.
UNTUK SEBARANG TEMPAHAN ATAU MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA MELALUI:
No comments:
Post a Comment