Friday, October 17, 2008

PEMBERITAHUAN

Saya mohon maaf jika kelewatan saya untuk memaklumkan di sini bahawa buat masa ini tempahan yang saya buat dan terima hanya untuk di dalam negeri sahaja. Untuk tempahan di luar negeri masih belum saya bukakan lagi memandangkan banyak perkara yang perlu saya teliti dan rancangkan. Insya-Allah di masa hadapan, jika saya sudah benar-benar bersedia saya pasti akan luaskan pasaran saya sampai ke luar negara. Buat masa ini saya belum berani lagi untuk membuka langkah saya sampai ke sana kerana ditakuti akan berlakunya kesulitan dalam penghantaran barang dan juga pembayaran.
Perniagaan saya dalam bidang tenunan ini pun masih agak sederhana dan masih belum kukuh untuk sampai ke negara luar. Tempahan untuk di dalam negeri memang 100% saya harapkan tetapi jika sudah ada persetujuan dan perjanjian dibuat. Walaupun sudah hampir lapan tahun saya menjalankan perusahaan ini tetapi untuk sampai ke luar negara saya masih belum bersedia. Saya benar-benar memohon maaf di atas perkara ini.

No comments: