Saya mohon maaf kerana agak terlewat untuk memaklumkan di sini mengenai penutupan sementara tempahan kain tenunan yang saya jalankan. Untuk makluman biskita baru-baru ini saya telah pun berpindah ke tempat kediaman yang baru dan terpaksa meninggalkan rumah kediaman saya di mana tempat saya menjalankan perniagaan saya selama ini. Saya betul-betul minta maaf di atas perkara yang tidak dapat saya elakkan ini yang menyebabkan beberapa tempahan terpaksa saya tolak.
Insya-Allah, jika diperluaskan rezeki mungkin saya akan menyambung semula perniagaan saya di masa akan datang iaitu setelah tempat kediaman baru saya sudah dpt memuatkan tempat untuk saya meneruskan perniagaan saya...
Terima kasih kerana berminat dengan hasil kerja saya dan semoga Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kebaikkan..sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment